Want your
own Fotopage?






 
Muadz's FotoPage

By: Muadz Dzulkefly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Apr-2009 06:50 Email | Share | | Bookmark
Karnival Rakyat Negeri Selangor - 1 tahun Kerajaan Baru

VVIPs
Aktiviti sepanjang minggu
Algebra dan Epul Amrain selingan forum
View all 10 photos...
20 Mac 2009 23 Rabiulawal 1430H

Baru-baru ini, satu majlis Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Baharu Kerajaan Selangor telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor selama 3 hari pada 20, 21, 22 Mac 2009 bersamaan 23, 24, 25 Rabiulawal 1430H pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Selama berlangsungnya majlis 3 hari ini, terdapat 6 jenis program yang telah berlangsung iaitu Majlis Pelancaran, Whistle Stop, Wacana Muzikal, Majlis Kemuncak, Program Inspirasi Wanita, dan Majlis Penyampaian Hadiah.

Hari kedua karnival dimeriahkan lagi dengan kehadiran rombongan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor serta ahli exco kerajaan negeri yang menjadikan tapak Karnival tersebut sebagai destinasi terakhir program Whistle Stop. Serentak dengan itu juga Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor telah merasmikan Surau Mudahalih yang dibangunkan oleh pihak MBSA.Terdapat juag aktiviti yang telah berlangsung ialah Street Soccer, Bola Jaring, Gusti Lengan, Dam Aji, Catur, dan Dart dan terdapat juga booth-booth jualan di sekitar Stadium Malawati, Shah Alam.

Disebelah malamnya pula, telah berlangsungnya Program Kemuncak dan Konsert Rakyat, yang dihadiri oleh Y.A.B Tan Sri Dato Khalid bin Ibrahim sekaligus merasmikan Majlis Malam Kemuncak Karnival Rakyat Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Baharu Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Tetamu kehormat lain yang hadir ialah Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim,Y.B Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali, Y.B Puan Teresa Kok Suh Sim, Y.A. Bhg Puan Sri Salbiah (Isteri Dato' Menteri Besar Selangor), Ybhg Datin Noraini Md Top (Ahli Majlis MBSA) dan Puan Hashimah Salleh (Tokoh Maulidur Rasul 2008).

Program Kemuncak dan Konsert Rakyat diwarnai dengan persembahan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi, Combo MBSA, Kompang Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor, Tarian India Sri Swasti Group Batang Berjuntai dan Tarian Mahsyur Budaya. Antara artis terkenal tanahair yang terlibat pula ialah Kumpulan Algebra, Kumpulan Dendang Anak, Ito Blues Gang, Yassin, Now See heart, Antony, Mu'adz, dan Madam Lee, Abon (pengacara majlis), dan Angelina Tan (pengacara majlis)

Pada hari ketiga pula, Program Inspirasi Wanita berlangsung dengan dimulai persembahan seni mempertahankan diri Karate, Taekwando, Ninja, Kendo, Silat, Hapqido, Kickboxer, Kumdo, Muay Thai Krabi, Sport Dancing & Tang Soo Do, Chi Gong, Tai Chi dan Silambam. Program diteruskan lagi dengan menjemput Puan Aminah Ibrahim (kak manja) dari FAMA untuk Demostrasi Masakan Nasi Beriani Gam bersama dengan Y.A.Bhg Puan Sri Salbiah, isteri kepada Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Ybhg Datin Noraini Md Top dan Puan Hashimah Salleh (tokoh Maulidur Rasul Selangor 2008).
Persembahan dari Kumpulan Wayfarers menyerikan lagi majlis dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Dayangku Intan, Farihah Iskandar (kak Yah) seorang novelis mengenai pengalaman indah yang dialami dan diakhiri dengan nyanyian lagu 'Kita Insan biasa' dari Dayangku Intan

Karnival Rakyat 2009 diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Y.B Dr. Xavier Jeyakumar untuk pemenang bagi pertandingan Treasure Hunt. Sebagaimana biasa, Nasyeed.com telah diamanahkan sebagai pengurus produksi sepanjang 3 hari program tersebut berlangsung.

Ehsan Berita Oleh: Nur Shufina (www.Nasyeed.com)

Care to comment?


Tuesday, 14-Apr-2009 04:04 Email | Share | | Bookmark
Walimatul Urus Hafidz 'Udu' Algebra & Rafiedah

menyarung cincin ..
hmm gembira rasanya:)
Pasangan bahagia
View all 26 photos...
Tarikh 15 Mac adalah tarikh sangat manis bagi kedua sahabat kami, Hafiedz dan Afie... Hafiedz dan Afie memang agak rapat dengan kami kedua2nya terutama bila dah memang Hafiedz merupakan musician saya.

Dari UIA kenal gitu gitu sahaja... Kemudian bila bergerak solo, Hafiedz ni, memang sangat rajin nak join persembahan saya dan mengkaji lagu2 saya. Semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan oleh Hafiedz sgt kami kagumi hinggakan nak ke Spore pun saya ajak dia sekali dan kami pergi naik bas. Hafiedz masa tu, datang ke Puduraya dengan motor dia... yang sarat dengan alatan musik kiri kanan, depan dan galas di belakang....all the way from Gombak!!!... Aduh...mamat ni memang something... siap pecah tayar dia lagi on the way...

Terbukti keazamannya berbuah kini, bukan sahaja mendapat mertua musician, tetapi seorang pegawai bank sebagai isteri tersayang dan juga, jemputan membuat persembahan dari hari ke hari bertambah2. Termasuklah Nasi lemak kopi O dan Akademi Nasyid TV9 dan persembahan lagu2 tradisional... Hafiedz yang saya kenal merupakan seorang yang bersungguh2, komited, mudah bergaul dengan orang, humble dan sikap nak belajar terus tu memang tinggi...

Tahniah Hafiedz dan Afie, hari ini korang dah halalun Tayyiba:) mudah2an dapat terus bersama dalam susah senang, dalam lapang dan sempit dan selalu bersabar and be smart.... Semoga bahagia hingga ke syurga... dari saya khususnya..Mu'adz dan Kakci yang korang sangat senangi.. ... Kepada keluarga Hafiedz juga, lain kali bolehlah bermalam di rumah kami lagi ya...wassalam... (kita sedulur ya:) wink2

Selamat Pengantin Baru...

Care to comment?


Wednesday, 8-Apr-2009 05:03 Email | Share | | Bookmark
Ayuh semua cerdas politik... teruskan membaca berita2

 
 
Assalamualaikum.

(makalah ini ada sebuah ekspresi... kami diajar oleh ayah untuk jadi buta-warna bila di dalam masyarakat... pilihan parti masing2 memang ada hak untuk memilih ikut citarasa... tetapi adalah suatu kesilapan jika kita meletakkan warna bendera di hadapan sekali sebelum bendera La ilaha illallah dan bendera kemaslahatan rakyat/ummat semalaysia & seantero dunia...yang amat penting adalah untuk saling menghormati dan terus beradab dengan adab nabi Muhammad saw )

Subhanallah, bila cakap tentang politik pula. Semalam kejutan besar dibuat oleh para pengundi di Bukit Gantang & Bukit Selambau kerana terus memilih Calon Pakatan Rakyat.

Pulang dari Singapore, kami memang menantikan detik cemas pembuangan undi yang akan berjalan semalam kerana ramai kawan2, saudara dan juga ayah sendiri sudah berulangkali pergi dan balik ke Bkt Gantang khususnya. Memang tak sempat ke sana untuk menyaksi suasana mahupun berkempen. Apabila tiba kelmarin, hari pembuangan undi, terus terang memang sudah merasakan BN akan dapat merampas semula 3-3 lokasi ini. Perasaan ini timbul akibat Media Massa benar2 memberi indikasi kemenangan BN dan terkini situasi politik BN khasnya dalam UMNO dan kehadiran pimpinan baru ditunjangi Dato Seri Najib Tun Razak yang juga PM kita yang baru, bagaimana dalam perhimpunan Agung Umno beliau yang mmg seorang yg amat bijak, bukan sahaja mengislahkan antara Tun Mahathir & Tun Abdullah Badawi tetapi dapat mencipta ruang untuk mereka ke rostrum utama untuk saling berpegang tangan dan mengetahui kelembutan hati Pak Lah, beliau bukan shj bersalaman dengan Tun M tetapi mendakap...dan suasana menjadi sungguh gamat dan darah perjuangan merah terus membakar. Inilah kualiti yang ada pada PM baru kita, sangat berhemah dan bijak juga pantas. Kita semua tahu bagaimana bertahun2 Tun M terus bertelagah dari jauh dengan Pak Lah...

Anyway.... debaran itu dilapik dengan info2 dari teman2 dan ayah sendiri.. Meminta terus mendoakan mereka yang sedang berkempen di sana. Akhirnya, keputusan dikeluarkan dan rakyat sudah memberi kata putus, siapakah pilihan mereka. Inilah demokrasi yang kita sama2 lalui, dan hak menulis dalam blog ini juga adalah yang diberikan oleh perlembagaan agar kita terus bisa memberi eskpresi diri. Tetapi bukan untuk melampau2 dan bersikap hendak menjatuhkan orang lain. Dalam amalan demokrasi, rakyat spt baru2 ini, telah membuat pilihan untuk memilih calon yang lebih dekat dengan hati mereka.

Dalam alam siber kini, mereka lebih bermaklumat untuk membuat keputusan. Bagi saya, itulah yang kita harus perjuangkan... agar rakyat semua dapat membuat keputusan tanpa rasa takut dan dapat membaca apa yang sebenarnya berlaku.... Democracy is always about doing an informed decision. Oleh itu, parti2 yang bertanding, dengan ini, teruskan memberi informasi kepada para pengundi dan bila sudah menang, laksanakan tugasan dan janji demi sebuah ketaatan kepada Allah swt.

Care to comment?


Thursday, 2-Apr-2009 15:19 Email | Share | | Bookmark
Abg Fuzi & Dadah PART 2: Kini satu persimpangan

Pintu masuk pondok Bustanul Arifin
Abg Fuzi
Jemaah asar.. adakah terakhir>>?
View all 12 photos...
...bersambung dari Part 1

(apa yang dirakamkan di sini adalah buat iktibar diri saya sendiri dan teman2 yang membaca tentang Kasih Sayang Allah yang tiada henti kepada hambaNya. Moga kita terus meniti dan meneliti garisan hidup kita ... agar ia tepat sampai ke satu matlamat penciptaan kita suatu ketika dahulu...)

Abg Fuzi ... kini ... (2 april) genap dua minggu di Pondok Bustanul Arifin, sebuah pondok yang dibangunkan di sebidang tanah 4 ekar oleh srg ust yang telah menghadiahkan dirinya untuk membantu memberi kesedaran dan bimbingan kepada lebih 60 orang kebanyakannya remaja. Lepasan Syria dan fasih berbahasa arab dan Jowo.. beliau nampak mmg sgt serasi dengan anak2nya di situ.. yang mmg berlatarbelakang masalah yang pelbagai.. Lawak beliau seiring ketegasan beliau saya kagumi... Besar pahala ust Ansori yang memang pernah saya bertegur sapa suatu ketika acara palestin di Dataran Shah Alam dahulu. Tak sangka bila KakSusi disaran untuk contact pondok ini, merupakan kendalian ust Ansori. Alhamdulillah..lagi mudah urusan...dipermudahkan dengan pertemuan demi pertemuan...krn Allah.

Tekad.... seperti yang dapat dibaca dari petikan interview BACARIA terbaru, abg Fuzi tetap mahu lalui kehidupan baru di pondok demi meninggalkan kawan2 dan tempat tinggal lamanya... Penang.. Itu juga saranan hari dari hari isteri saya, Kak susi. Memang Susilah yang dari awal, menghulur tangan kepada Fuzi ketika teman2 yang lain masih berbincang bagaimana nak tolong Fuzi ni, bagi derma duit ke.. kerja ke.. dsb.. Tindakan pantas Susi ini memang membuktikan beliau seorang yang tidak banyak bercakap tetapi bertindak... tindakannya pula pantas, tepat dan berani... Dgn sebab itu juga, Fuzi dapat sponsor ke ESQ dan menetap di rumah kami, dan seterusnya menetap di pondok... Gambar ibu dan anaknya Dzafarul terus bermain di minda abg Fuzi... Abg Fuzi tetap akan teruskan mencari Allah dan mendamping dengan ilmu2 agama.. walau pada usia ini... 47..

Subhanallah... inilah laluan getir...dari seorang penagih dadah tegar hinggalah menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab yg menyedari kesalahannya dan kini mahu memanfaatkan hidupnya... mahu membuat anaknya yakin kembali kpd dia.. mahu kembali kpd Allah... dan ia tidak mustahil..jika memang Allah sudah diberikan tempat dalam hati Abg Fuzi... maka Allah akan beri segalanya.. walau mungkin jua esok lusa hari akhir kita...Allah tetap tidak pernah putus asa.. tetapi kita yang ... konfiden sekali untuk berputus asa...berdoa pun tidak yakin dimustajabkan doa...

Abg Fuzi, dari hati kami.. Muadz dan Susi... juga Mia dan teman2 sekelasmu... anggaplah kami ini keluargamu kini... dan seperti yang abg Fuzi rasakan, pertalian saudara ini lebih hebat dari pertalian apapun..pertalian atas nama Allah.. atas nama pembaikan dan pengislahan... Moga Allah pandang persaudaraan kita ini...

Alfaatihah untuk semua umat islam...

Sekian.
Muadz, Kuang 1138pm.

salam... mudah2an bila kita saling berhubung dengan allah...allah tetap hubungkan dua insan bersaudara... satu langkah yang baik untuk menghantar beliau kesana... saling berdoa dan kuatkan semangat... allah yang memiliki hati2 insan..Dialah juga yang merobahkannya... amin Fri 21-Aug-2009 07:29
Posted by:muadz
Ustaz Muadz, dapat kiranya kita berhubung melalui email, kerana ada sesuatu yang peribadi yang ingin diceritakan, kalau sudi mendengarnya.
Terima kasih.
Sat 22-Aug-2009 05:26
Posted by:MUHD serabut@gmail.com
silakan, jika ana boleh beri pendapat

muadzul@gmail.com

sekiranya masalahnya tentang golongan lelaki insyaAllah ana usahakan, jika melibatkan perempuan, isteri saya akan cuba dengarkan.

silakan. jzklah. muadzul@gmail.com
Sat 22-Aug-2009 10:25
Posted by:muadz muadzul@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 14:28 Email | Share | | Bookmark
Tautan persahabatan : Sek. Alamin Kerteh, Azhan Atan, M'hd Islah

Bersembang dgn Azhan ketika di Guest house
Adalah tu yang menggelikan hatinya.. kami kongsi pengalaman
Ni dengan adik2 STAM..tak jelas lee..rumah ust agus
View all 5 photos...
Bismillah...

Perjalanan baru2 ini menambah kekuatan dan persahabatan ikhwah di Terengganu dan Teluk Intan @ Ipoh. Adik2 STAM yang datang memeriahkan program di Maahad Al Islah kelolaan ust Agus memberi tenaga dan impak kepada usaha ust Agus. Alhamdulillah... Saudara Azhan yang baru kematian mertuanya juga adalah sahabat baru saya yang baru kali ini dapat se-pentas... kami beraksi santai dengan beliau bermain keyboard KORG nya.. seronok dan bersemangat membuat persembahan dengan beliau. Azhan yang saya baru kenal adalah seorang seniman yang memang berkarya demi karya dan penuh jiwa.

Ringkasnya, ini pertama kali saya naik sani express ke Terengganu.. berhenti di Paka untuk ke Rumbia Resort... dan pulang ke KL juga pertama kali naik FireFly... bukanlah jakun tapi pengalaman baru...atas keperluan perjalanan maka dapatlah merasai kedua public transportation ini..yang boleh saya bagi rate 4/5 lah... kedua bus dan firefly... Pendek kata, saya lebih gemar firefly dari airasia... maybe ramai yang boleh bersetuju dengan saya atas faktor, reserved seat, not crowded, ada complimentary snack... dan murah pun murah... 109rm dari KT ke Subang.. juga.. Subang dekat dgn rumah kitorang... Kak Susi & Mia dah stand by pick up dan kami terus ke Teluk Intan...

Teluk Intan, sejarah... Kerana hujan turun lebat tersangatlah lebat... ia reda sebentar untuk ceramah Ust Shahrul mudir SRI Hidayah Ipoh yang juga dari Aman Palestin. Dan kemudian hujan dan kilat sambung kembali. Mungkin dalam mood semangat jadi adik2 seramai 200 orang tak berganjak langsung... malah tengok show dalam hujan... wah .. Ust Agus guna tarbiah ape agaknye ni:) ... dgn lagu tanpa slides kerana hujan dah membasahi lcd, wire2 dsb... diselangi zikir dan asmaul husna... tapi akibat petir terus menyambar... tak dapat teruskan untuk faktor keselamatan..mmg kesal krn lagu Baitul Maqdis tak sempat nak bawa... Mudah2an dpt bertandang lagi ke Maahad Al Islah... sebuah lagi Sekolah Agama Rakyat yang mempunyai masa depan yang cerah.... teruskan berjuang adik2 dan guru di sana.

p/s: adik2 STAM Hidayah, kalau ada gambar tu email lah ke muadzul@gmail.com ye... syukran... Form 6 STAM juga ada buat persembahan lagu jihad... dan 3 pelajar maahad Islah tampil dengan sajak.

Esoknya, Kak susi terus ke Penang... Mia & Papa hantar Mama di Terminal Bas Teluk Intan... sedihnya Mama pergi sorang... Tapi apakan daya, ada audition lagu2 ketuhanan tamil di Nasyeed.com...

Care to comment?


Tuesday, 24-Mar-2009 14:07 Email | Share | | Bookmark
Abg Fuzi, Dadah & Kami:1 persahabtn, pengajaran & Pembelajaran

Keratan akhbar Bacaria 21-27Mac 09
Interview Sensasi Lelaki
sambungan
View all 19 photos...
Oleh: Muadz

ABG FUZI

Jalan cerita hidupmu melakar pada kita KISAH untuk teladan dan pedoman
Walau tersalah jalan, walau gugur pada awal hidupmu, yang merosakkan keluarga dan dirimu… Allah tetap memberi jalan pulang dan peluang untuk mengenaliNya lagi… Tapi kali ini, malah dapat mengenaliNya dengan lebih Arif dan Rapat lagi… Telah Belajar Mencintai ALLAH mengatasi selainnya yang pernah dikenali dalam hidup ini…

Sangat besar kasih sayang Allah…

Yang tidak memandang jijik pada kita walau kotoran pelik apapun yang terpalit pada kita. Usah siapapun berani mengatakan bahawa kitalah yang paling kasih pada seseorang itu…Kerana sebagai Al Khaaliq Maha Pencipta…Allah lebih kasihkan Abg Fuzi jauh lebih dari kasih ibu dan anaknya kepada dia lagi…Allah lebih mahu Abg Fuzi kembali pada kebaikan dan kebenaran lebih dari kita lagi…Kenapa tidak…??? Allah yang meniup RuhNya pada Abg Fuzi… Masakan tidak…Subhanallah…

Dialah Allah sumber Cinta dan perasaan sayang yang ada dalam hati kita…. Subhanallah…

Titipan fakta ringkas tentang Abg Fuzi, semoga teman-teman tetap dapat mengikuti ranjau jalannya… Mencari Allah…

Inilah kuasa kemahuan yang mendalam dalam diri… dan kuasa doa si anak, si ibu dan adik-adiknya yang berterusan berdoa pada Allah… Kuasa percaya pada Doa dan Kelembutan Allah inilah yang menjelmakan pada kita satu persatu perkara kebaikan yang mendatang…


Rentetan hari dan tahun yang diadun menjadi fakta fakta berikut:

 Pengambilan dadah kali pertama pada 30 tahun sudah
 Bermula dengan rokok yang menjadi suai kenal mudah dan mesra dengan senior di sekolah
 Mencuba dadah ganja dan upgrade ke heroin kerana lebih ‘high’
 Keluar masuk serenti sudah 2 3 kali
 Tiap kali dapat meninggalkan dadah, teman-teman dadah ajak kembali
 Mendapat cemuhan berterusan orang-orang kampung
 Hanya dapat bekerja kampung (kontrak binaan kecil-kecilan, kebun) kerana masyarakat tidak benarkan bekerja di tempat biasa
 Harus menjaga ibu di rumah dan seorang lagi adik yang belum berkahwin
 Kali terakhir mengambil heroin adalah tahun lepas dan selama ini bergantung dengan ubat doktor (methadone / shubuzon) untuk mengelak datang ketagihan@teringat akan dadah. Ubat-ubat ini harus dimakan bersama ubat Domicom untuk menidurkan dia bagi memberi kerehatan pada badan dan minda.
 Terpisah dengan isteri ketika dalam serenti dengan tuntutan FASAKH dan berpisah juga sejak hari itu dengan satu-satunya anaknya, Dzafarul Idham pada ketika bayi itu berumur 3 tahun…


Usaha kecil dan besar yang membuahkan hasil
Teman-teman sekolah (Sekolah Menengah Sains Penang) batch SPM’79 masuk tahun ini mula berbincang dan teringatkan Abg Fuzi yang sudah lama mereka tak berjumpa. Rata-rata kasihan dan mahu membantu tetapi tidak tahu bagaimana.
SYUKUR kerana bermula dengan perbincangan di e-group mereka ini timbul macam-macam cadangan, bermula dengan kutipan dana hinggalah mecarikan kerja tetapi demi Maha Kuasa Allah… yang lebih dari itu pun telah berlaku…

Isteri saya (boleh panggil Kak Susi@Kak Ci) yang juga salah seorang rakan kelas Abg Fuzi ini juga mengambil inisiatif besar untuk membantu bersama rakan2 yang lain termasuk nama-nama seperti Khairul, Khalid, Syarifah Fátima, Omar, Saiful Arbi, Dr. Anu, Non dsb (yang mana mereka semua ni memang orang2 penting di tempat masing2..maklumlah..sekolah sains penang)
Dengan satu panggilan telefon kepada pemilik Karangkraf, Dato Husamuddin yang juga seorang hartawan yang sangat terkesan dengan kursus ESQ165 yang pernah diikutinya, Kak Susi memohon agar YBhg Dato dapat sponsor ‘seat’ Abg Fuzi. Mendengar latarbelakang ringkas Abg Fuzi, Dato lantas bersetuju… Subhanllah…. Bagi saya, ini adalah satu titik tolak yang sangat besar pada kami semua termasuk Abg Fuzi sendiri… Alhamdulillah… (difahamkan, Dato kini telah menghantar ratusan staffnya untuk mengikuti kursus ESQ setiap bulan dan akan menghantar kesemua 1300 orang… demi memberi pendedahan seluas-luasnya akan erti hidup di dunia ini…)

Lewat kursus ESQ yang dihadirinya bulan sudah, Abg Fuzi kini lebih jelas tentang erti hidup dan bagaimana merasakan kasih sayang Allah yang ada padanya…pada kita semua… Kursus canggih ini membawakan kita hari ini memahami tujuan hidup kita secara emosi dan spiritual. Mungkin kerana ini juga, Petronas, Sime Darby, UEM dan banyak lagi syarikat korporat yang mengambil ESQ sebagai IN HOUSE training mereka. Yang akhirnya, mengangkat produktiviti syarikat…dan ini sangat terbukti… Bila staff syarikat mengenali Allah dan bekerja untuk kehidupan akhirat, salah laku yang biasa berlaku sudah dapat dielakkan… kemalasan berkurangan sama sekali… Inilah kuasa Percaya pada Akhirat yang dapat memberikan Kecemerlangan pada kehidupan duniawi.

Bersambung… (Nantikan perjalanan Abg Fuzi ke Pondok Bustanul Aarifin, Banting demi suatu perubahan suasana yang baru dan semangat yang datang dari anaknya yang seorang itu….Dzafarul yang juga juara Tilawah Kebangsaan peringkat remaja tahun 2008….)


Alhamdulillah kerana adik2 membaca cerita yang sebenar ...terus dari sini...mudah2an jadi pedoman... dan membuka minda dan hati adik2...dan elakkan jadi punca untuk merasakan seseorang itu lebih hina dari yg lainnya... mungkin boleh tolong ingat2kan sesama adik2...

perancangan masih seperti sediakala... pacik Fuzi.. di rumah kami sementara shj, kerana menerima sedikit rawatan... setelah ok nanti insyaAllah..tempat yg paling baik bagi pck Fuzi adalah di pondok . Sudah 2 bulan beliau di sana..dan banyak perubahan2 positif yg telah berlaku... ust yg menjaga mereka di sana juga seorang yang sgt tulus bekerja menyelamatkan umat nabi muhammad.. alhamdulilah.. Jadi insyAllah.. beliau akan ditempatkan disana...

Ohya..malam ini saya ada show di dataran sh alam..insyaallah..pakcik Fuzi akan ikut..dia dah kuat sedikit:)... salam pada dzafarul ya:).. t kasih adik naimah..aisyah..emma dan nafisya kerana singgah di sini..

salam..
uncle Muadz & auntie Susi
Fri 7-Aug-2009 03:07
Posted by:muadz
ni kali ke tiga sy antar cmmnt.. hmm.. syukur Alhamdulillah, pkck fuzi tlh d beri hidayah oleh-Nya.. n syukur jgk krn beliau telah byk berubah.. rasanya, kesilapan yg lepas bukan la bererti akn terus b'ulang slama-lamanya..
jd, sy sntiasa mndoakan agar smua pihak yg tlh byk mmbntu pkck fuzi dn dzafarul agar terus dilimpahkn rahmat daripada-Nya.. lbih2 lg, kpd uncle muadz & untie susi.. smg d sna nnt, ada blsn yg setimpal dgn kebaikn yg tlh kalian lakukan..
amin..

oh ya, uncle muadz n auntie susi jgn lupa doa2kn kjyaan kmi dlm pmr ye..
Sun 9-Aug-2009 16:25
Posted by:emma @ naimah farah_ira94@yahoo.com
selamat maju jaya dalam PMR:)

DARI unc Muadz & aunt Susi
Tue 11-Aug-2009 06:41
Posted by:muadz
View all 9 comments Add comment


Saturday, 21-Mar-2009 18:02 Email | Share | | Bookmark
ESQ Johor. Renungan dan Show di Traiking angkatan14 JB

Gambaran Stage hadapan kursus/renungan (tazkirah mlm hari)
Salam semut namanya ni... ni kebiasaan alumni ESQ..dilatih camni
Warming up .. semua dengan lagu Demi Matahari nyanyian SNADA
View all 13 photos...
Berikut gambaran suasana program renungan untuk alumni ESQ di Johor. Dan koleksi berikutnya adalah penampilan Mu'adz di hari ke-2 training ESQ kerana mereka sangat ingin Mu'adz tampil lagi di hadapan peserta2 kursus. Alhamdulillah suasana ukhuwwah seperti di mana training ESQ. Bapak Arief yang lead training ini dibantu bapak Rashid.

HELLO...PAKAIAN SMOCKING UNTUK KANAK - KANAK BERUMUR 8 BULAN - 9 TAHUN. SILA KLIK http://www.prettybabescollection.blogspot.com Sun 22-Mar-2009 02:11
Posted by:unnamed

nice entry
cool
Sun 22-Mar-2009 06:24
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 24-Feb-2009 04:38 Email | Share | | Bookmark
Ping Ping Match di Kelab Rahman Putra

Piala untuk Ping Pong Single
Berentap...eh confirm sorang je melayu
Bersiap...warming up..Mia ready nak swim je terus tuu..
View all 10 photos...
Adalah menjadi suatu method mengukur potensi diri dengan meletakkan diri dalam sesebuah pertandingan. Dalam pertandingan, apapun jua bentuk dan bidangnya, ia memerlukan kesediaan, Fizikal dan Mental. Persediaan Fizikal dan Mental ini adalah untuk dua tujuan. Yang pertama, semestinya untuk menang atau cemerlang, yang merupakan target biasa seseorang yang sedang berlumba. Kedua adalah untuk elak kecederaan/injury. Injuri boleh jadi pada fizikal seperti cramp, jatuh dsb dan boleh jadi lebih teruk pada mental seperti, tekanan emosi, kegagalan mengawal rentak permainan, tidak fokus dsb.

Target yang pertama, walaupun adalah 'obvious' tetapi sebenarnya pada hemat saya ianya adalah cetek dan sementara. Target kedua adalah yang lebih penting dan ianya adalah komposisi sebenar dalam semangat juang seorang pelumba/pejuang. Iaitu mengelak kecederaan, untuk ia kekal terus berjuang dan sambil itu mengukur tahap pencapaian dirinya.

Jika yang bertanding dan berjuang dapat meletakkan Pengukuhan dan penilaian diri sebagai GOAL utama dalam sesuatu pertandingan dan perjuangan maka akan lahir beberapa sifat dan rentak dalam diri. Antaranya:

Mencuba dengan bersungguh-sungguh
Fokus
Tolak ansur/Sportsmanship
Redha dengan Realiti kemenangan & kekalahan
Kesedaran bahawa bakat dan tenaga adalah pinjaman dari Allah
Kesedaran bahawa yang kekal hanyalah Allah
Keyakinan bahawa seseorang muslim harus terus menjadi yang terbaik, dan pernghalangnya yang utama adalah selalunya...diri sendiri.

Oleh itu, saya nekad beritahu isteri saya untuk mendaftar diri dalam pertandingan Ping Pong di Kelab yang berdekatan dengan rumah kami (Membership di kelab ini dihadiahkan oleh isteri tersayang:) .. bertanding dengan bukan melayu dan tempoh latihan yang tidak begitu lama. Bagi saya, kita harus 'test' diri kita sekali sekala. Dan letakkan diri kita dalam ujian 'mainstream' yang seharusnya meletakkan diri kita pada zon di luar 'comfort zone' kita. That's what Islam is all about.... To engage people di luar zon selesa kita. Dan sejurus selepas itu kita akan memahami bahawa zon selesa kita sudah tidak releven lagi kerana terlalu banyak kerja dakwah yang perlu dibuat bersama dan Zon Selesa kita yang sebenar nanti adalah di syurga...

Kerana itulah kita tiada pilihan tetapi untuk berdoa untuk mendapat syurga Allah walau dengan banyak sekali kesalahan diri kita. Amin bersama. .... Ameen...

Wallahu A'lam


waaaaaaaah...a malay look like chinise akk??hee Thu 26-Feb-2009 09:25
Posted by:awez
Add comment


Tuesday, 24-Feb-2009 02:36 Email | Share | | Bookmark
IIC Ibadah Camp

diskas sedikit sebelum show dgn juinor uia sorang tu..husam
eit dua2 ni terkejut agaknye lah
Uya dengan Birthday gift kak iman...Ci yang beli n rap it:)
View all 8 photos...
It's actually one day after Kak iman's birthday, her Ibadah Camp program under IIC. Needing a performance after dinner. I committed to it as to assist her and as her birthday present besides the nicely rapped gift by us, rapped by Susi of course to Kak Iman.

Perfomed Hijrah song with slides presentation and they asked for another song which i continued of with Amrullah... Baitul Maqdis.

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 02:07 Email | Share | | Bookmark
Pertemuan MUSLEH & Pengarah Sekolah2 Islam Indonesia, Wira Hotel

Ust Amin dan deligasi Indonesia
Ust syamsul maarif
bersama dengan bapak dari Palembang
View all 12 photos...
Bismillah wassolatu ala rasulillah..

Ust Megat Mohd Amin menghantar sms beberapa hari lepas dan memberi peluang keemasan ini untuk menjemput saya berjumpa dengan pengarah2 sekolah islam indonesia, ada 28 orang dari mereka. Ini adalah peluang yang terbaik untuk saya 'present my case'

Memang lagu2 hadis adalah baru dan peranan saya (dan teman2 yang menyokong) adalah untuk membuktikan penghayatan hadis melalui lagu dan paparan slides dapat memberikan impak yang tinggi dan dalam kes ini sangat bersesuaian juga untuk para pelajar.

Ia adalah saat yang sangat manis untuk saya berkenalan dengan mereka semua. Penerangan ringkas tentang 'perjuangan' saya dan satu lagu cukup untuk mencetuskan ilham, semangat dan 'gheerah' mereka yang berterusan kepada agama kita. Alhamdulillah...

Lagu Hijrah menjadi dendangan malam itu, tanpa mic dan penuh penghayatan.

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.