 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Muadz's FotoPage
By: Muadz Dzulkefly
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 2-May-2009 00:29 |
Email | Share | Bookmark |
|
Perihal Dakwah: Bila dikatakan aku berdakwah?
|
 |
|
Go Green campaign lead by Kauthar at her school
|
|
 |
|
Mia after 3 days with Jiddah/Jiddiy (my parents)
|
|
 |
|
actually we had to leave her in Shah Alam.. she didnt go 2 spore
|
|
 |
|
a scenery in one of the tahfiz class @ LittleCaliph
|
|
 |
|
Puan Faridah, founder of Little Caliph, sis, mom and Ci
|
|
 |
|
A family post in front of Little Caliph building
|
|
|
(coretan adalah suatu seruan untuk sentiasa mencari persepsi baru dalam apa jua isu)
Bismillah
Subhanallah wal hamdulillah wallahu Akbar
Dari sejak kecil, yang bersekolah di sekolah agama, samada SMKA atau swasta, PASTI, Tadika Islam, telah diajar untuk mencontohi nabi Muhammad SAW. Kenapa tidak, baginda nabi junjungan kita. Di tempat2 lain juga begitu cumanya yang mendapat pendidikan khusus islam seperti keluaran institusi2 di atas biasanya akan lebih diingatkan bahawa Islam merupakan cara hidup dan kita semua dijadikan sebagai hamba, juga sebagai khalifah, pentadbir muka bumi ini.
Islam bagi mereka ini, lebih holistik. Ini suatu kelebihan dan anugerah Allah untuk memahami konsep2 ini sejak dari kecil lagi. Kebiasaanya adalah kerana ibu bapa mereka ini telah melalui suatu proses penghijrahan kepada Islam dengan berguru/berusrah/membuat pencarian yang alhamdulillah membuahkan hidayah Allah. Anugerah ini sangat besar ertinya kerana tidak ramai yang melalui denai ini akibat kurangnya 'muballigh2 islam ketika tahun 70 - 80an berbanding hari ini. Mungkin saya tergolong juga dari golongan ini. Ibu bapa saya mendapat Islam kembali (understanding Islam as a way of life) pada hujung 70an dan dengan izin dan karunia Allah, mereka tetap di atas jalan ini malah lebih aktif dari dulu dalam satu bidang ke bidang yang lain...terus bekerja demi islam ibarat tidak mahu melepaskan suatu jam pun tanpa khidmat kepada Ad Deen.
Nilai2 ini yang kita lihat jika ada pada orang tua kita, ia menjadi Qudwah. Ia menjadi ikutan. Ia memberi suatu penghayatan islam yang lebih pada anak2. Memahami Islam bukan sebagai pakaian, slogan, ritual semata mata tetapi Islam sebagai asas, sebagai misi dan juga sebagai pendinding... Dalam bahasa hari ini ia ibarat software, hardware, anti virus. networking dalam diri.
Pendek kata, bila islam hidup di dalam diri kita hari hari. Itulah bagi saya erti dakwah yang kita ingin capai. Dakwah bukanlah sahaja kerja2 formal yang dirancang sebagai gerakkerja tersusun. Dakwah bukan sahaja kupasan ilmu dan alunan lagu malah bukan juga huraian buku. Tetapi ia juga tingkah laku, akhlak, suluk dan jadual harian. Ia hubungan kekeluargaan, komunikasi cemerlang, kemesraan suami isteri dan kasih anak2.
Inilah yang membuat nabi Muhammad saw terlalu cemerlang pada dakwah baginda. Bukan khutbah semata mata tetapi emosi dan spiritualiti dalam khutbah...merayu dan mengingatkan kaumnya dengan hati dan rasa cinta...bukan teguran penuh marah dan nista... Bukan menghukum tetapi merawat semua penyakit jasad dan hati yang datang pada baginda. Semua ini yang membuat kaumnya tertarik dengan ajaran samawi ini.... rasa cinta pada baginda lantaran itu beribu2 yang melafazkan shahadah ... Ash hadu alla ilaha illallah... yang sudah shahadah memperbaharui shahadah dan azam. Kenapa ini berlaku... Manakan tidak.....Inilah rahsianya...
Nabi Muhammad pernah bersabda..."Addabani Rabbi fa ahsana ta'deebi". Tuhanku telah mengajarkan aku adab dan akhlak... Maka Dialah sebaik2 yang mengajar tentang adab dan telah mencantikkan akhlakku.
Itulah dia rahsia kekuatan islam, terkadang kita terlepas pandang... Kita rasa yang lantang itulah yang hebat... yang menghukum itulah yang ketua... yang melontar rasa dan kata dengan cepat itulah yang perlu disegani dan diikuti... Tetapi mungkin kita perlu diingatkan, khususnya yang menggelar diri mereka pendakwah atau yang bercita2 mahu menyumbang tenaga kepada Islam.. bahawasanya, kecantikan akhlak kita adalah yang paling penting, seiring pendirian kita.. Senyum dan salam kita. Kasih pada teman2 dan guru2 kita. Prihatin kepada yang susah. Rasa tanggungjawab kepada persekitaran. Kejujuran dan Kesetiaan. Mari kita renungi suatu qaedah yang masyhur dari ulama2 khususnya ulama haraki dan dakwah..mereka telah menggariskan bahawa...
"Lisanul haal afsah/aqwa min lisanul maqaal"... Kata2 tindak tanduk itu lebih fasih/jelas/kuat dari kata2 ucapan mulut kita... Rupa rupanya........ Dakwah bukan kerja sebilangan orang...tetapi setaip detik, kita semua menyampaikan akhlak yang baik.... kita semua berdakwah ... Energi yang baik inilah yang mampu menaut hati dan menyambung kalbu. Subhanallah.
Mungkin juga kita perlu terus berfikir berlandas seerah... Terdetik pula..bila terakhir kali kita membaca seerah nabi junjungan ... bila... itu tidak pula disentuh tentang bagaimana penghayatan kita dalam pembacaan. Berusahalah kita semua. Sebagai merumus coretan pagi ini... Marilah berdoa agar kita jadi umat nabi muhammad yang meletakkan Allah sebagai tujuan dan baginda sebagai ikutan. Moga kita terselamat di mahsyar nanti juga kerana ada tempias syafaat baginda yang mahu melindung kita.
Salam persaudaraan dari saya.
Muadz, Kuang
ps: Gambar2 adalah selingan, himpunan ketika kami pulang dari Spore, kami ambil Mia di sekolah dimana Kauthar mengajar (dia panggil auntie chal).. the school named LittleCaliph, sect 7 Shah Alam.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|