Want your
own Fotopage?






 
Muadz's FotoPage

By: Muadz Dzulkefly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-May-2009 14:15 Email | Share | Bookmark
Kasih Allah Memberi Daya untuk Bekerja (Iluvislam meet ups)

Kami baru sampai di KKSB
Pertama kali jumpa Imran dan En Nazri
Mia yang duduk dulu sebelum org lain
Dato Husamuddin sampai
Happy je semua
Ucapan aluan Imran
Dato membuat perkongsian..berjanji membantu iluvislam utk dakwah
Persembahan selingan
En Nazri Dato Syekh Omar memberi perkongsian 'ekonomi'
Perkongsian oleh Pn Firdaus
Perkongsian oleh En Afif KKSB tentang Media
Brother Gio (Yahya) baru sampai)
Gio dijemput berkongsi pengalaman islam beliau
yeah...he's simple and kool:)
Nice shot by me...hehehe.. menung ape tu kauthar
Sharing by sister Adawiyah.. Susi posts question to her
One emotional moment...
another interlude by muadz
Gambar kenangan dengan pimpinan Iluvislam & KKSB
bagus... dua2 nampak semangat :)
smiley..rakan dari harakahdaily..turut serta
Gio bersalaman... sudah mau pulang
the sisters side... pose and smile !
Uncle B dan Amira yang turut serta..drg mmg sporting!
Family post, Gio dengan Souvenir dari KKSB
Walking home to Shah Alam Home..Gio fikir ape eh:)
Keratan akhbar sinar
Coretan: Mu'adz Gambar: Susi

Sejak dari awal pembabitan dalam bidang nasyid secara komersil ini, impian dihati adalah untuk menjadi pengantara, masyarakat yang 23juta di Malaysia ini dan lebih ramai di luar negara dengan pakar-pakar rujuk dan figure yang saya kenal. Terlalu ramai insan aalim (berilmu) dan berpengalaman dalam pelbagai bidang terutama bidang profesional yang saya kenal, mereka yang mengajar di universiti, bertugas di alam pekerjaan kerajaan dan swasta. Jika ramai yang dapat manfaat dari mereka sepertimana yang saya perolehi dari dalam pendidikan, pertemuan usrah dan diskusi, alangkah lebih baik.

Setelah dua tahun sebagai munsyid, banyak simpang siur dan sepak terajang dipelajari, kekuatan yang ada tetap tidak sampai untuk membina impian yang disebut diatas. Apa yang kita hajatkan, adakala Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai. Dalam masa yang sama Allah juga memberi apa yang kita tidak pernah impikan, dan barang itu sebenarnya lebih kita perlukan. Hajat dan keperluan kita terkadang kita sendiri yang gagal menentukan. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui.

Dipendekkan kalam, beberapa bulan yang lepas saya telah register diri saya dalam satu portal yang diberi nama iluvislam.com. Dipendekkan cerita lagi, detik hati saya, saya mahu orang ramai lebih kenal portal ini. Kandungan dan gaya penyampaian ilmu islam (dunia & akhirat) dipaparkan dengan ilustrasi yang sangat jelas dan mudah juga santai. Niat saya nak berkenalan dengan penggerak portal ini.

Beberapa minggu lepas, saya dapat berhubung dengan presiden iluvislam dan disitulah bermulanya suatu pertemuan-sinergi-kerjasama baru yang bakal menyuntik. Suatu pertemuan antara iluvisam & Karangkraf Sdn Bhd, (KKSB) (funder iluvislam sejak baru2 ini) dijadualkan dan saya turut dijemput sama. Suasana tenang dalam ukhuwwah yang baik tersinar dari sect15, Shah Alam, di ibu pajabat KKSB. CEO KKSB Dato Husamuddin, dengan gaya santainya yang sangat mesra dengan adik2 (anak2) iluvislam yang menggelar diri beliau, 'pakcik' sangat menjalin kerjasama dengan spirit adDeen yang telah lama hilang dalam dunia korporat dan persatuan.

Pengacaraan oleh sdr Shahril, sharing daripada Dato sendiri, sdr Imran (Presiden iluvislam), sdr Nazri Dato Syekh Omar (Al Ansar Consultancy), sdr Afif (KKSB), Pn Firdaus (Penerbit Eksekutif KKSB) dan dua muslim revert yang turut hadir dalam acara santai ini membuahkan memori yang cukup segar. Seorangnya adalah brother Yahya Yusuf (Giovanni Galluzzo) yang kami bawa untuk hadir bersama atas persetujuan akhi Imran, brother Yahya ini sebanarnya bakal adik ipar kami yang akan berkahwin dengan adinda Kauthar bulan depan seorang lagi adalah sister Adawiyah. Sangat menyentuh sanubari kami, perkongsian dari mereka. Moga Allah tabahkan hati mereka dan hati kita semua.

Macam biasa, ada sedikit persembahan dari saya, lagu Hijrah (permintaan) dan Al muallim (sami Yusuf) secara bersahaja kerana terlalu merasakan kesesuaian lagu ini dalam pertemuan kali ini, juga lagu lama...ukhuwwah fillah (lagu sejak sekolah Al-Amin..form1)

Kak Susi juga macam biasa, bergilir dengan saya ambil gambar. Kami sangat gembira dapat berkenalan dengan kalian semua dari iluvislam, crew, penggerak & ahli, sahabat2 esq... famili Dato... dan adik2 yang lain. Moga Allah jadikan pertemuan ini, amal ibadah dan sinergi kerja ke hadapan. Amin


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.